EVOS Legends mara, Alter Ego kecundang

Perlawanan permulaan hari kedua playoff MPL Indonesia musim kelapan menyaksikan pasukan EVOS Legends akan bertarung dengan Alter Ego ketika ini. Kedua-dua pasukan bermain dengan bersemangat.

Alter Ego berjaya memaksa EVOS Legends untuk ke perlawanan kelima. Pemenang untuk perlawanan terakhir ini akan layak ke lower bracket final untuk bertemu dengan RRQ Hoshi atau ONIC Esports.

EVOS Legends menggunakan draft dua marksman untuk perlawanan terakhir. Ferxiic akan menggunakan Natan dan Clover akan menggunakan Brody. Satu draft yang sangat memerlukan core item untuk ia berkesan. 

Sementara itu, pasukan Alter Ego menggunakan draft Angela dan ditambah dengan Lancelot untuk menangkap musuh di bahagian belakang. Kedua-dua pasukan tidak terlalu terburu-buru untuk mendapatkan turtle kedua pada minit keenam.

Mereka menjaga kedudukan masing-masing untuk tidak melakukan kesilapan. Alter Ego harus menamatkan permainan dengan pantas kerana EVOS Legends akan begitu kuat apabila tiba fasa late game.

Pertempuran di Lord Pit sangat sengit apabila EVOS hampir mendapatkan Lord sebelum dicuri oleh pasukan Alter Ego. Namun begitu, EVOS Legends mudah sahaja menumbangkan Lord itu sebelum sempat ia menghancurkan turret.

EVOS Legends berjaya mendapatkan Luminous Lord selepas Alter Ego kehilangan Udil di dalam pertarungan. Antimage juga menggunakan Black Dragon Form untuk mengusir pasukan Alter Ego dari mencuri Luminous Lord.

Hasil dari pushing bersama Luminous Lord berjaya mendapatkan inhibitor turret di bahagian atas pasukan Alter Ego.

Alter Ego membalas asakan yang diberikan EVOS Legends pada minit ke-22. Mereka berjaya menumbangkan Ferxiic di bahagian bawah dan Celiboy terus mendapatkan Luminous Lord kedua.

Namun begitu, Celiboy membuat kesilapan ketika ingin menumbangkan Wannn yang menggunakan Real World Manipulation. EVOS Legends terus melakukan final pushing dan menamatkan permainan pada minit ke-24.

 

RELATED NEWS

+