UKM X Aero mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara MOONTON Student Leader (MSL) Championship musim kedua yang berlangsung sejak semalam di Sunway Pyramid, Selangor dengan kemenangan 3-2 ke atas UiTM Dynegy.
Jom baca lebih lanjut ringkasan bagi perlawanan best of 5 hari ini:
Match 1 – UiTM menang
Joy | Cici
Tigreal | Mino
Xborg | Bruno
Novaria | Rodger
Brody | Lylia
Pasukan UKM seperti mempunyai kesukaran untuk memulakan teamfight kerana Aria sering dikacau dan ditumbangkan berulangkali sehingga ke minit akhir perlawanan. UiTM juga menggunakan lineup yang menarik dengan gabungan Tigreal dan Xborg serta Novaria yang boleh mengacau dan mengetahui kedudukan musuh.
Implosion oleh String berjaya menangkap pemain-pemain UKM berulangkali. Pada minit akhir juga UKM tidak berjaya memulakan ‘fight’ di kawasan Lord apabila kehilangan roamer mereka dan menyebabkan kekalahan sejurus Natsu ditangkap oleh Tigreal ketika Lord menuju ke Crystal.
Match 2 – UKM menang
Nana | Martis
Bruno | Aurora
Tigreal | Minotaur
Cici | Yuzhong
Fredrinn | Ixia
Pada game kedua, UKM Aero menggunakan lineup yang mengutamakan teamfight dan kombo berkesan boleh melenyapkan kesemua musuh.
Nyata, gabungan Aurora, Minotaur, Ixia dan Yuzhong itu berhasil apabila UKM berulangkali menggagalkan misi UiTM untuk mendapatkan sebarang kemajuan dalam permainan. Sementara Minotaur, Aurora dan Martis menghadapi halangan di depan, Yuzhong terus melakukan tugasnya ke backline dan zone out Bruno dan Fredrinn.
Asakan berulangkali dan kombo maut ini membuatkan UKM X Aero berjaya menyamakan kedudukan.
Match 3 – UKM menang
Joy | Martis
Tigreal | Minotaur
Novaria | Odette
Terizla | Bruno
Karrie | Badang
Di game ketiga pula, UiTM Dynegy menggunakan lineup sama iaitu Tigreal untuk kali ketiga dan ia menjadi kerana banyak kali UKM X Aero ditangkap oleh Implosion.
Bagaimanapun, pengguna Badang iaitu Muhammad Sumbul adalah highlight game kali ini kerana berjaya membuat play dengan begitu baik menggunakan ulti dan menjatuhkan Joy sebelum perlawanan Lord bermula.
Odette juga sekali lagi berjaya menunjukkan play pada minit akhir dengan menggunakan Swan Song untuk mengawal kawasan Lord. Ia seterusnya memberikan kelebihan kepada UKM X Aero mengambil kemenangan.
Kejohanan Moonton Student Leader (MSL) mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM30,000. Ia dianjurkan oleh Moonton Student Leader dan disokong oleh Gamers Gazette MY, Susano.MY, MOONTON Games dan Sunway Pyramid.
Juara kejohanan ini bakal mendapatkan slot untuk ke Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL) musim pertama selain menerima insentif dari MSL sendiri.
Match 4 – UiTM menang
Mathilda | Joy
Bruno | Claude
Nana | Valentina
Rodger | Yuzhong
Terizla | Minotaur
Pada game keempat ini, UKM menggunakan draft yang sedikit berlainan memfokuskan kepada Mathilda untuk mobility sementara Terizla digunakan untuk memulakan teamfight. Bagaimanapun, mereka digasak pada minit awal di gold lane di mana Bruno tidak berjaya farm dengan baik.
Namun, pada minit ke-8 berlaku satu teamfight di kawasan berdekatan menara yang mana UiTM memulakan perlawanan secara melulu sekali gus dihukum dengan ulti Terizla. Ia menjadi satu pertukaran arus perlawanan dan UKM berjaya mendapatkan Lord.
Namun, UiTM berjaya mengekalkan momentum mereka dan mendapatkan Lord sebanyak tiga kali sekali gus memenangi perlawanan keempat ini.
Pada game terakhir, UKM berjaya menunjukkan mereka adalah pasukan lebih baik. Tahniah diucapkan!