Fall Guys versi Mobile akan dilancarkan tapi hanya untuk pasaran China

Permainan video fenomena, Fall Guys: Ultimate Knockout akan hadir ke peranti pintar tapi nampaknya hanya untuk pasaran China.

Penganalisa permainan video, Daniel Ahmad mengeluarkan satu ciapan mengatakan syarikat hiburan China, Bilibili sudah pun mempunyai hak milik untuk lancarkan permainan itu di platform peranti pintar.

Pengasas bersama Fall Guys, Mediatonic berkata “Kami sahkan yang Bilibili mendapat hak milik untuk versi mudah alih di China.

“Seperti yang anda tahu, kami diajukan banyak soalan mengenai platform selepas dilancarkan dan semestinya kami ingin melancarkannya di pelbagai platform pada masa depan tapi buat masa sekarang usaha kami hanya di PC dan PS4,” kata mereka dalam satu maklum balas emel kepada The Verge.

Fall Guys sejak dilancarkan menjadi satu permainan fenomena dengan 1.5 juta pemain dalam masa 24 jam dan kini mengatasi rekod dipegang League of Legends sebagai permainan yang paling banyak jumlah tontonan di Twitch.

Bagi rantau Asia Tenggara, Fall Guys pastinya menjadi satu ikutan jika ia dilancarkan kelak. Tidak seperti permainan Battle Royale lain, Fall Guys dimainkan dalam sesi yang sekejap kerana ramai orang yang terkeluar dalam setiap pusingan jadi ia adalah pilihan terbaik untuk masa lapang.

Setakat ini, belum ada tarikh rasmi untuk Fall Guys Mobile akan dikeluarkan di China.

Sumber rujukan: The Verge

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+