Fallout: New Vegas Dalam Fallout 4? Modders Cuba Realisasikan Projek Besar Ini

Kalau dah kreatif dan minat pada sesuatu game, mesti kita ‘gatal tangan’ nak cuba alter versi asal game tu. Geng Modders daripada projek Fallout: New Vegas pada 2010 berhasrat besar untuk membawakan mod itu ke Creation Engine Fallout 4.

Lihat video klip permulaan permainan itu di bawah.

Mod itu dipanggil Fallout 4 New Vegas dan direka oleh Team F4NV yang mengumumkan projek mereka pada Ogos lalu. Matlamatnya bukan saja ingin update Fallout: New Vegas yang disukai oleh ramai peminat siri ini tapi juga memperbesarkan skop permainan dan menyelaraskan gameplay.

Ia tak mempunyai tarikh pelancaran rasmi kerana projek sebesar ini pastinya mengambil masa lama untuk dijalankan lebih-lebih lagi jika ia dilakukan pada waktu lapang saja. Mungkin makan masa bertahun. Contohnya, projek The Elder Scrolls 3: Morrowind masih dalam versi alfa untuk bertahun lamanya.

 

 

TAGS

RELATED NEWS

+