Fasa 4 Marvel Cinematic Universe Mempunyai Lima Filem – Thor, Shang-Chi, Black Widow, Doctor Strange dan The Eternals

Fasa ketiga untuk Marvel Cinematic Universe (MCU) berakhir selepas tamatnya filem Spider-Man: Far From Home.

Tapi nampaknya kita bakal disajikan dengan lima lagi filem baru dalam fasa 4! Berita ini diumumkan ketika San Diego Comic Con.

Ia akan bermula dengan Black Widow (1 Mei 2020), di mana ia mengisahkan perjalanan Natasha Romanoff dalam timeline antara Civil War dan Infinity War. 

The Eternals yang akan dibintangi oleh Maleficent dari Disney, Angelina Jolie pula mengisahkan sekumpulan makhluk dipanggil Eternals yang menggunakan kuasa canggih untuk melindungi manusia pada masa depan. Ia akan tiba pada 6 November 2020.

Shang-Chi dan the Legend of the Ten Rings pula akan dikeluarkan pada 12 Februari 2021, mengisahkan karakter bernama Shang-Chi yang berhasrat menjatuhkan empayar bapanya yang kejam. Ia akan dilakonkan oleh Simu Liu.

Selain itu, kita bakal mengikuti kembara magis Doctor Strange dalam sekuelnya, Doctor Strange and the Multiverse of Madness (7 Mei 2021) dan akhir sekali Thor: Love and Thunder pada 5 November 2021. Pelakon utamanya, Chris Hemsworth, Natalie Portman dan Tessa Thompson bakal melakonkan kembali watak masing-masing.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: The Verge

Gambar featured image: Polygon

RELATED NEWS

+