FIFA 19: EA Menarik Balik Sistem Lootbox Dari Belgium, Elak Kena Tindakan Undang-Undang

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Baru-baru ini negara Belgium ‘bertarung’ dengan Electronic Arts mengtakan yang sistem loot box dalam FIFA 19 adalah tak wajar. Dan ya, EA nampaknya tak akan cuba mempertahankan sistem itu.

Apabila Belgium ingin mengambil tindakan undang-undang kerana mengatakan ia seperti perjudian, EA berpaling tadah dan umumkan mereka akan membuang loot boxes dalam FIFA 19, sama seperti yang terjadi dalam Star Wars: Battlefront II.

“Selepas berbincang dengan pihak berkuasa Belgium, kami membuat keputusan untuk berhenti menawarkan FIFA Points di Belgium. Kami bekerjasama untuk memastikan perubahan ini akan efektif segera di konsol dan PC pada 31 Januari 2019. Ini bermakna pemain di Belgium tak akan dapat beli mata untuk mendapat pek FIFA Ultimate Team. 

“Pemain masih boleh akses Ultimate Team dan bermain menggunakan pemain sedia ada. Setiap kandungan dalam permainan boleh didapatkan menerusi gameplay dan pemain boleh terus guna coins dan in-game transfer market. Setiap pemain dalam Belgium yang mempunyai FIFA Points sedia ada boleh terus gunakan tapi tak boleh membeli lagi. Kami meminta maaf kepada pemain di Belgium untuk perubahan ini,”

Keputusan EA ini mungkin akan menjejaskan pemain di Belgium jika mereka ingin serius dalam FIFA 19 dengan menyertai kejohanan FUT. Bagaimana mereka ingin membeli pek pemain nanti? EA masih lagi dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Kita akan dapat tahu dalam masa terdekat.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+