Pasukan bolasepak Kerteh FC menandatangani pemain baru bagi FIFA eClub Series 2022

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pasukan e-sukan rasmi Kerteh FC iaitu Kerteh Esports mengumumkan pembabitan mereka dalam kejohanan FIFA eClub Series 2022.

Dalam persediaan kelab itu ke eClub Series 2022, kelab itu sudah menandatangani beberapa pemain FIFA untuk mewakili Kerteh Esports dalam pelbagai kejohanan FIFA sepanjang musim 2022.

Berikut adalah pemain-pemain baru yang menyertai Kerteh Esports untuk kejohanan-kejohanan musim akan datang:

  • Kamil ‘Maxnevis’ Al Amini
  • Erry ‘Errykambek’ Nazrin
  • LeeMaestro
  • Riezman Shafiy

MaxNevis dan ErryKambek adalah pemain yang berpengalaman manakala LeeMaestro dan Riezman_Shafiy juga dua pemain muda yang amat berpotensi. MaxNevis juga seorang FIFA Verified Player musim lalu dan mereka berdua memenangi pelbagai perlawanan semasa musim FIFA21.

Menurut Pengurus Pasukan Kerteh Esports, Nurhafizi Bin Daud, “Bukan hanya mereka pemain hebat, tetapi kami juga yakin mereka akan berkembang maju sebagai pemain kompetitif FIFA dan tampil cemerlang bersama kami.”

Kerteh FC bertujuan untuk menggandingkan bakat pemain muda bersama pemain yang berpengalaman. Keputusan ini dilakukan agar pasukan dapat berkembang bersama-sama.

Kejohanan pertama yang mereka akan sertai sebagai pemain Kerteh Esports adalah MY DIGITAL CREATIVITY FESTIVAL (MYDCF) 2021 Oohami Cup Edition yang akan bermula pada 13 November.

Pemain-pemain ini juga akan aktif berlatih di FIFA 22 agar mereka layak ke Elite Division yang akan melayakkan mereka ke pusingan playoffs FIFA 22 Global Series.

RELATED NEWS

+