EA mungkin tidak buang loot box pada FIFA, walaupun undang-undang berubah

Seorang eksekutif EA menyatakan dia tidak mahu berlaku perubahan pada pendekatan mereka dalam mengenakan pembayaran di mod Ultimate Team, meskipun berlaku perubahan pada undang-undang terhadap kotak tikam, sebagai satu perjudian.

Di dalam satu temuramah bersama Eurogamer, Chris Bruzzo, Ketua Pegawai Pengalaman EA, diajukan soalan mengenai tindakan kerajaan UK yang bakal menandakan kotak tikam sebagai satu bentuk perjudian.

“Paling penting, kami akan bekerja bersama kerajaan.

“Jadi kami membawakan nilai yang terbaik dan kami mempunyai 100 juta orang yang bermain permainan ini dan apabila anda mendapat seramai itu yang bermain dalam pelbagai bentuk yang anda boleh mainkan, ya, ia adalah skala sangat besar dan ia boleh menjana pendapatan yang banyak,” katanya.

“Kami perlukan pendapatan itu untuk terus membayar pembangun kami, jadi mereka boleh terus menghasilkan banyak nilai dan menjadikan permainan lebih menyeronokkan,” tambah EA lagi.

Walaubagainapun, perubahan oleh pihak kerajaan UK mungkin akan memaksa EA untuk mengubah bagaimana kaedah mereka mengimplementasi sistem ini.

Peraturan perjudian mungkin akan memaksa EA untuk mendapatakan lesen perjudian di UK dan mereka perlu meletakkan pengesahan umur bagi mengelakkan perjudian di bawah umur.

Sebelum ini, pihak kerajaan Belgium menghalang sistem kotak tikam, menyebabkan pihak EA terpaksa menghentikan penjualan matawang FIFA Point di negara itu.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+