FIFA 21: Dua wakil Malaysia ke kejohanan dunia, FIFAe Club World Cup

Pasukan sukan elektronik tanah air FIFA21, GBX Esports menjadi juara keseluruhan kejohanan FIFAe Club WorldCup Zon 2 Divisi 1 selepas menewaskan pasukan dari Jepun, Singapura, HongKong dan Malaysia.

Selain GBX Esports, Wicked Esports juga layak ke Piala Dunia.

Meskipun jatuh di lower bracket namun perkara tersebut tidak mematahkan semangat mereka untukn mendominasi kejohanan ini seterusnya menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan dunia tersebut pada 24 Februari.

Pasukan GBX Esports merupakan antara pasukan dari Asia Tenggara selain Jepun yang turut serta di dalam pertandingan ini. Diwakili oleh dua pemain ternama FIFA21 tanahair iaitu LuqmanHzq dan Ayen.

Menurut pengurus pasukan GBX Esports, Aris Danial berkata “Kami sememangnya ingin membuktikan bahawa pasukan dari Malaysia mampu untuk mendominasi sukan elektronik FIFA khususnya di peringkat antarabangsa. Kejayaan menjuarai Zon 2 Divisi 1 ini adalah kejayaan bersama yang kami ingin kongsikan kepada semua peminat”, ujarnya.

RELATED NEWS

+