Moonton kini sudah hampir ke tarikh ulang tahun kelima mereka bersama permainan MOBA mudah alih popular iaitu Mobile Legends Bang Bang. "> Moonton kini sudah hampir ke tarikh ulang tahun kelima mereka bersama permainan MOBA mudah alih popular iaitu Mobile Legends Bang Bang. " /> Moonton kini sudah hampir ke tarikh ulang tahun kelima mereka bersama permainan MOBA mudah alih popular iaitu Mobile Legends Bang Bang. " />

Floryn, hero terbaharu Mobile Legends bakal dilancarkan pada acara ulang tahun Moonton

Moonton kini sudah hampir ke tarikh ulang tahun kelima mereka bersama permainan MOBA mudah alih popular iaitu Mobile Legends Bang Bang.

Moonton akan melancarkan hero pembantu yang baru yang dinamakan Floryn. Hero ini sudah ditayangkan di video acah ulang tahun ke-lima yang boleh dilihat di saluran YouTube Moonton.

Floryn adalah hero sokongan yang mampu mengawal kadar push pasukan dengan keupayaan global ultimatenya yang akan menyembuhkan hero sepasukan walaupun berada di lane yang lain sekali pun.

Skil pasifnya juga begitu unik jika dibandingkan dengan hero yang lain, beliau boleh memberikan item kepada hero sepasukan yang akan menjadi semakin kuat apabila dipegang sepanjang perlawanan. Floryn juga adalah hero crowd control (CC) yang baik.

Hero ini sudah ada di advanced server baru-baru ini. Kelebihan beliau terdiri daripada kebolehan untuk mengawal aliran perlawanan dengan menyakiti musuh berdekatan yang terperangkap dengan kemampuan penyembuhannya.

Aset terbesarnya adalah pasifnya yang memberikan salah satu sekutunya item khas yang tidak menggunakan ruang inventori. Item ini memberikan statistik bonus pasif pengguna yang semakin kuat ketika permainan berlangsung.

Hero Mobile Mobile Legends baru Floryn dapat ditebus secara percuma melalui acara ulang tahun ke-lima yang akan datang dalam permainan, di samping skin baru untuk Miya yang digelar  ‘Moon Priestess.’

Berikut adalah skil Floryn:

Pasif: Dew

Floryn membawa Dew’s Lodge, Lantern of Hope bersamanya. Item ini tidak dapat dijual dan akan mengumpulkan tenaga setiap kali Floryn menyerang lawan menggunakan skil nya. Dew dan Lantern of Hope dapat berkembang selepas tenaganya penuh.

Skil 1: Sow

Floryn melemparkan Energy Seed pada musuh yang disasarkan dan akan menyebabkan Magical Damage. Healing Fruits akan muncul dan akan berpantul kepada musuh dan Hero sekutu yang berdekatan, setiap buah mengembalikan sejumlah HP.

Skil 2: Sprouts

Floryn meminjam kekuatan Dew dan melemparkan sejumlah tenaga ke arah yang disasarkan dan menyebabkan 225/280/335/390/445/500 Magical Damage kepada musuh yang terkena. Tenaga itu kemudian akan menghentam kawasan di belakang musuh dan menyebabkan 225/280/335/390/445/500 Magical Damage kepada musuh di kawasan itu dan akan stun mereka.

Skil Ultimate: Bloom

Floryn akan menyembuhkan semua Hero sekutu 5 kali dalam masa 4 saat tanpa mengira jarak. Tenaga yang melimpah juga akan memberikan 200/230/260 Magic Damage kepada musuh berdekatan setiap kali penyembuhan berlaku.

Floryn merupakan hero sokongan yang amat padu dan mungkin akan menggegarkan meta yang sedia ada buat masa ini. Nilai Floryn amat tinggi lebih lagi sewaktu gank awal perlawanan dan sewaku team push.

RELATED NEWS

+