Fortnite Versi Android Kini Boleh Download Terus Di Google Play Store

Fortnite versi mudah alih untuk Android bukan merupakan satu permainan video yang baru. Ia sudah lama dilancarkan melalui aplikasi Epic Games Store dan Samsung Galaxy Store. Akhirnya, ia telah dilancarkan secara rasmi di Google Play Store.

Anda kini boleh muat turun Fortnite di Google Play Store secara terus dan seperti biasa, ia percuma untuk dimuat turun dan dimain. Versi ini sama sahaja seperti permainan yang dimuat turun melalui Epic Games Store dan Samsung Galaxy Store.

Epic Games (pembangun Fortnite) sebelum ini tidak melancarkan permainan tersebut di Google Play Store kerana mereka tidak setuju dengan potongan keuntungan yang diminta oleh Google iaitu 30%.

Menurut kenyataan Epic Games kepada The Verge, keputusan untuk melancarkan Fortnite di Google Play Store dibuat kerana apabila Fortnite dilancarkan sebagai aplikasi pihak ketiga (third party), ia sering diklasifikasikan sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan peranti.

Pada waktu artikel ini ditulis, aplikasi Fortnite yang dilancarkan di Google Play Store baru mencecah 10,000 muat turun walaupun telah dilancarkan beberapa hari lepas.

Ini menunjukkan kebanyakan peminat Fortnite versi mudah alih tidak mempunyai masalah untuk main versi yang dilancarkan melalui Epic Games Store dan Samsung Galaxy Store.

Walaubagaimanapun, penulis berpendapat ia tetap satu keputusan yang bijak kerana Fortnite kini lebih mudah untuk diakses orang ramai.

Sumber: Engadget

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+