Free Fire: Oren ambil haluan baru, umum perpisahan dengan SEM9

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, begitulah situasi yang boleh diungkap oleh pemain profesional Free Fire bernama Liew Yi Cheng atau dikenali sebagai Orenn dengan bekas majikannya, SEM9.

Pada semalam, organisasi e-sukan tempatan SEM9 mengumumkan perpisahan dengan pemainnya, Orenn. Pasukan itu melepaskan pemain itu selepas bermain satu musim bersama. 

“Terima kasih Orenn, anda adalah salah seorang pemain terbaik dan bergaya dalam permainan Garena Free Fire!,” ulas SEM9 melalui satu hantaran di Facebook rasmi.

Di samping itu, organisasi itu sempat merakamkan tanda terima kasih atas penyertaannya dalam pasukan dan berbangga terhadap kemajuan yang dikecapinya.

Menurut sumber lebih terperinci, Orenn dikatakan bakal berehat dari arena kompetitif disebabkan komitmen terhadap pelajaran awal tahun depan.

Berikut adalah pencapaiannya sepanjang kariernya:

  • Tempat Ketujuh Free Fire Malaysia Championship 2021
  • Tempat ke-14 MCP Majors musim  kedua 
  • TEMPAT Kelima MCP Majors musim ketiga
  • Juara Free Fire Challenger Series musim kedua 
  • Tempat ke-11 MCPS Majors musim keempat j

RELATED NEWS

+