Kenapa ramai kanak-kanak main Free Fire?

Free Fire adalah permainan video battle royale yang sangat popular malah mempunyai jutaan pemain seluruh dunia.

Dari orang dewasa sehingga kanak-kanak, Free Fire nyata bijak menarik minat terutamanya kanak-kanak.

Free Fire menjadi antara battle royale yang menghairankan ramai pihak kenapa ia mempunyai begitu ramai pemain.

Anda mesti pernah melihat anak-anak saudara anda bermain Free Fire dari bermain permainan video lain.

Ini sebab-sebab kenapa ramai kanak-kanak suka Free Fire.

1. Free Fire mesra kanak-kanak

Can children below 18 years play Garena Free Fire? Age details explained |  Gaming News

Free Fire boleh dikatakan sangat mesra kanak-kanak sebagai battle royale paling mudah untuk dimainkan.

Fungsi auto aim juga membantu mereka untuk membidik dengan lebih tepat.

2. Seronok bermain bersama

Jika dibandingkan dengan battle royale lain, Free Fire mempunyai banyak elemen fantasi dari segi karakter yang wujud.

Walaupun tidak terlalu realistik seperti battle royale lain, kanak-kanak lebih suka melihat banyak benda-benda yang mengejutkan mereka.

Kanak-kanak selalunya mempunyai telefon yang tidak begitu canggih dengan spesifikasi tinggi tetapi, Free Fire mampu untuk dimainkan walaupun dengan telefon spesifikasi ‘kentang’.

3. Kedudukan di Play Store

Garena Free Fire banned by Google from Google Play Store in India; here is  why | Gaming News

Kanak-kanak yang gemar bermain permainan video suka mencari permainan video baharu untuk dimain di PlayStore.

Free Fire sekaligus menjadi antara permainan video yang sentiasa disenaraikan di atas dan mudah dilihat oleh kanak-kanak.

4. Permainan yang mengasyikkan

Free Fire sangat mengasyikkan untuk kanak-kanak.

Permainan yang penuh keterujaan senang untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk jangka masa yang lama.

Acara-acara baru juga boleh dikatakan memberikan rasa penuh festival yang lebih menarik minat mereka.

Apa lagi sebab-sebab anda rasa ramai orang suka main Free Fire?

Namun, harus diingatkan kanak-kanak hanya boleh bermain permainan video dengan masa terhad sahaja supaya tidak menjadi ketagih untuk bermain permainan video.

RELATED NEWS

+