Free Fire: Mirull dikaitkan dengan perpindahan ke Axis Esports

Bekas pemain Blacklist International, Mirull atau nama sebenar, Muhammad Fahmi Iskandar Suhaizan dikatikan dengan perpindahan ke pasukan Axis Esports.

Perkara itu dapat dilihat melalui beberapa perlawanan latihan (scrims) yang dimainkan oleh pasukan itu. Dalam perlawanan ini Mirul menggunakan In-Game Name (IGN), “FLY ICHA” dan bermain sebagai pengebom (fragger).

Namun setakat ini masih tiada pengumuman rasmi yang dibuat pihak Axis Esports berkaitan khabar angin itu. 

Peminat tempatan merasakan perpindahan itu satu pembaharuan yang bagus kerana dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain Indonesia, Rafli Aidil Fitrah (666Raff) selepas tamat tempoh pinjaman dari Force Evolution Esports.

Pengalaman Mirull tidak dapat disangkal lagi kerana pernah beraksi bersama jaguh Free Fire tempatan seperti Autoknockout, SEM9 dan Blacklist International dan sempat mengecapi beberapa pencapaian seperti:

  • Naib Juara Free Fire Tri-Nation Cup
  • Kelima Free Fire Malaysia Championship 
  • Ketujuh Free Fire Challenger Malaysia
  • Kedua MCP Major Season 1
  • Ke-10 Asia Championship 2021
  • Kelapan MCPS Major Season 4

RELATED NEWS

+