Free Fire: Pasukan Heavy dan First Raider Eclipse dominasi Snapdragon Pro Series hari ke-11

Pasukan Vietnam, Heavy dan Indonesia berjaya memanfaatkan lapan pusingan yang dimainkan di Play-In ESL Snapdragon Pro Series hari ke-11.

Perkara ini tampak dilihat beri kelebihan mata buat pasukan Heavy yang kini menghuni tangga kedua keseluruhan. Booyah pertama dikutip pada pusingan kedua peta Purgatory, dengan catatan 28 mata dan 16 mata singkir. 

Seterusnya, pusingan kelima peta Kalahari yang menyaksikan pasukan Heavy mengutip 22 mata keseluruhan dan 10 mata singkir.

Pencabar terdekat pada dua hari lepas, First Raider Eclipse garang menonjolkan semangat juang kerana perolehan Booyah hatrik iaitu pada pusingan ketiga peta Alpine, keempat peta Bermuda, keenam peta Purgatory.

Pada pusingan ketiga Alpine, 23 mata keseluruhan dan 11 mata singkir dikutip oleh wakil Indonesia selepas pengawalan zon terakhir permainan yang mantap menjadikan pasukan itu unggul.

Pergerakan konservatif dan perancangan yang teliti sekali lagi membuahkan hasil apabila First Raider Eclipse menguasai setiap penjuru Riverside di Bermuda. Hasilnya, pasukan itu meraih Booyah dengan 24 mata keseluruhan dan 12 mata singkir.

Percaturan koordinasi oleh pasukan itu memberikan kelebihan pada pusingan keenam peta Purgatory kerana kawasan tanah tinggi di bahagian Crossroads diterapkan, sekali gus Booyah ketiga diraih dengan 27 mata keseluruhan dan 15 mata singkir.

Play-In ESL Snapdragon Pro Series berbaki sehari sahaja lagi dan tujuh pusingan akan dimainkan. Kejohanan yang menawarkan RM1.3 juta (AS$300,000) dan hanya 12 pasukan akan berentap di Grand Finals pada 4-5 Februari 2023. 

Peminat boleh saksikan siaran langsung aksi berikut di platform rasmi Twitch, Facebook dan Youtube ESL Malaysia.

RELATED NEWS

+