Pasukan eArena dari Thailand juara Kejohanan Jemputan Free Fire Asia Tenggara (FFSI) 2023

Pasukan Thailand, eArena muncul juara Kejohanan Jemputan Free Fire peringkat Asia Tenggara (FFSI) selepas berjaya mendapatkan keseluruhan 232 mata dan 3 Booyah. Mereka mendapatkan sebanyak 128 jumlah mata bunuh. 

Kemenangan ini sangat bermakna untuk warga Thailand kerana ia menjadi yang keempat untuk kejohanan peringkat antarabangsa yang mana tiga daripadanya adalah FFWS (kejohanan global).

Di pusingan grand final diadakan selama tiga hari, ia menyaksikan 12 pasukan Asia Tenggara bermain di 18 pusingan.

Naib juara, Magic Esports berjaya mendapatkan 226 mata walaupun tiada Booyah direkodkan langsung. 

Morph dari Indonesia juga menunjukkan momentum apabila beraksi dengan cemerlang dan mengakhiri kejohanan di tempat ketiga dengan 218 mata.

EA.LIMIT dari eArena berjaya menjadi Pemain Paling Bernilai (MVP) di FFSI dengan 44 mata bunuh dan 38 mata bantuan.

Pada November ini, kejohanan dunia (FFWS) 2023 akan berlangsung dan kita mungkin bakal menyaksikan pasukan Thailand sekali lagi mahu mempertahankan takhta mereka.

RELATED NEWS

+