Marvel Snap bakal tambah Battle Mode – Boleh berlawan rakan anda nanti!

Marvel Snap adalah permainan video collectible card game (CCG) Marvel yang dikeluarkan oleh Second Dinner.

Permainan ini mendapat populariti ramai peminat Marvel dan permainan video kad .

Baru-baru ini juga Marvel Snap dianugerahkan Permainan Video Mudah Alih Terbaik 2022, The Game Awards.

Mod yang ditunggu-tunggu juga akan keluar tidak lama lagi.

Mod terbaru ini digelar Battle Mode dan bakal dilancarkan pada 31 Januari ini.

Apa itu Battle Mode?

Anda akan mempunyai 10 nyawa dan mekanik Snap akan menjadi mekanik yang digunakan tetapi dengan nyawa bukan Cube seperti rank.

Setiap pemain akan kalah apabila kehilangan semua nyawa yang diberikan.

Setiap Snap dan Retreat menjadi cara anda menjaga nyawa anda.

Marvel Snap Decks - Best Pool 1 Decks - GameSpot

Deck anda dan pihak lawan juga akan dikunci semasa berlawan.

Ini bermakna, anda boleh mempelajari deck musuh untuk mendapatkan Snap tambahan dan lawan anda tidak boleh menukar kad di dalam deck itu.

Setakat ini Battle Mode hanya boleh berlaku di antara pemain yang berada di dalam region yang sama sahaja.

Global matchmaking akan diumumkan kemudian.

Marvel Snap membuat pengumuman ini selepas kemas kini terbaru dengan cubaan untuk nerf kad Leader yang telah menjadi masalah dalam meta dan permainan Marvel Snap.

Leader - Marvel Snap Card Database

Leader mempunyai efek yang sangat menyakitkan hati orang ramai kerana dia akan meniru semua kad yang anda main dan selalunya memberi kemenangan mudah ke atas pihak lawan.

https://blog-api.unity.com/sites/default/files/styles/focal_crop_ratio_16_9/public/2023-01/01-2023_Blog_Body_MARVEL-SNAP_Image-3%20%281020x574%29.png?imwidth=1260&h=412c3f02&itok=SwVxKobz

Mungkin selepas ini bakal muncul e-sukan untuk Marvel Snap?

Anda boleh bermain Marvel Snap secara percuma di pelantar PC, iOS, dan Android.

RELATED NEWS

+