FrostFire Juara MSI CSGO Team Battle Royal – Bawa Pulang RM5,000

Selepas terkandas di Kejohanan Dunia IeSF pada November, pasukan FrostFire terus komited untuk menjuarai kejohanan dalam negara pula.

Semalam, pasukan dianggotai oleh Aiman Azham (AimaNNN), Ashraf Firdaus (acAp), Azim Shaharudin (CHAPMAN), Ahmad Khalish Rusyaidee Nordin (d4v41) dan Shamir Zaman (Subbey) ini menewaskan VG.Anthrax 2-0 di MSI CS:GO Team Battle Royal.

Korang boleh perhatikan stream semula di bawah untuk keputusan perlawanan Grand Final.

Kami dari MyGameOn ingin mengucapkan tahniah kepada mereka! 

Saksikan wakil negara ini berentap di WESG SEA Final di Quill City Mall pula bermula 13 November ini (Khamis). Semoga berjaya!

Sumber gambar dari Facebook page FrostFire.

RELATED NEWS

+