FrostFire, Sphynx Dan WG.Unity Adalah Wakil Malaysia Untuk WESG SEA Final

Kejohanan Dunia Sukan Elektronik Asia Tenggara (WESG SEA) sudah pun memulakan peringkat kumpulan pada hari ini.

Wakil Malaysia, FrostFire (CS:GO), WG.Unity (Dota 2) dan Sphynx (CS:GO Women) akan bertanding untuk merebut slot Grand Final di acara utama yang akan bermula pada Sabtu ini hingga Ahad di Quill City Convention Centre, Kuala Lumpur.

Selain ketiga-tiga permainan ini, terdapat juga kategori lain iaitu Starcraft 2, Vainglory, Hearthstone dan Hearthstone (Women). Kejohanan ini mengumpulkan hadiah wang tunai keseluruhan RM313,700!

Sphynx.My menukar roster mereka baru-baru ini bagi persiapan menghadapi WESG SEA Final ini. Ini adalah kejohanan yang sangat penting untuk mereka. Sebagai satu-satunya wakil Malaysia, pastinya mereka ingin membuktikan kehebatan pemain tempatan yang terdiri daripada golongan wanita.

Baca lanjut: Sphynx Tukar Roster Baru

FrostFire pula tak berhenti mengejar lebih banyak kemenangan selepas bergelar juara MSI CS:GO Team Battle Royal. 

Baca lanjut: FrostFire juara MSI CSGO Team Battle Royal

WG. Unity mengalami proses penukaran pemain sejak kebelakangan ini. Dengan roster baru, mereka mengharap untuk memenangi kejohanan ini untuk mara ke Global Finals.

Di bawah adalah jadual untuk peringkat kumpulan dan juga Grand Final nanti!

Korang boleh usha kesemua stream dari peringkat kumpulan hingga ke grand final di Twitch mereka dan di Facebook WESG SEA.

Dota 2: Klik LINK ini.

CS:GO: Klik LINK ini.

Kami dari MyGameOn pastinya mengharapkan wakil Malaysia ini buat yang terbaik untuk layak ke Grand Final dan seterusnya di Global Finals nanti. Semoga berjaya!

Kesemua gambar adalah sumber dari FB Sphynx.My, FrostFire dan WarriosGaming.Unity.

RELATED NEWS

+