Game percuma PS+ Januari 2021: Maneater, Shadow of the Tomb Raider, dan GreedFall

Untuk bulan Januari 2021, pelanggan-pelanggan PlayStation Plus (PS+) akan menerima tiga permainan hebat iaitu Maneater, Shadow of the Tomb Raider, dan GreedFall.

Maneater hanya boleh ditebus oleh pemilik PlayStation 5 (PS5) manakala Shadow of the Tomb Raider dan GreedFall boleh ditebus oleh pemilik PlayStation 4 (PS4) dan PS5.

Maneater ialah sebuah permainan role-playing game (RPG) aksi di mana anda akan bermain sebagai seekor ikan yu yang mahu membalas dendam terhadap pemancing yang membunuh ibunya. Anda akan berevolusi untuk menjadi lebih besar dan lebih kuat.

Shadow of the Tomb Raider ialah permainan ketiga dalam siri reboot Tomb Raider. Kali ini, Lara Croft mengembara ke kawasan hutan Selatan Amerika untuk menyelamatkan dunia daripada hari kiamat yang diramalkan oleh bangsa Maya.

Kepada anda yang berminat dengan permainan RPG yang mengikuti formula permainan-permainan keluaran Bioware seperti Dragon Age dan Mass Effect, anda patut mencuba GreedFall. Ia adalah sebuah RPG yang mempunyai banyak persamaan dengan permainan-permainan tersebut.

Ketiga-tiga permainan ini boleh mula ditebus pada 5 Januari 2021 dan tempoh penebusan akan tamat pada 1 Februari 2021.

Sumber: PlayStation

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+