Permainan PlayStation Plus untuk Ogos diumumkan

Selepas tertiris baru-baru ini, terkini, Sony telah mengumumkan permainan PlayStation Plus untuk Ogos 2021, termasuk Hunter’s Arena: Legends, Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville dan Tennis World Tour 2.

Seperti yang diperinci di dalam PlayStation.Blog, ketiga-tiga permainan itu akan tersedia bermula 3 Ogos hingga 6 September. Kesemua permainan ini adalah hanya untuk PS4 kecuali Hunter’s Arena: Legends yang terdapat versi PS5.

Hunter’s Arena: Legends ialah permainan PvP dengan 30 pemain dan PvE battle royale gaya kombat yang ditempatkan ketika zaman kuno di mana manusia berperang sesama sendiri serta kejahatan juga berkembang di seluruh dunia.

Hunter’s Arena: Legends juga ditampilkan di State of Play baru-baru ini dan pembangun Mantisco menghuraikan permainan ini menggabung genre RPG, MOBA dan pelbagai lagi.

Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville ialah permainan tembak berpasukan yang menampilkan 20 kelas karakter yang boleh disuai dan kedua couch dan online membolehkan anda dan rakan untuk bertarung bersama.

Tennis World Tour 2 membolehkan peminat untuk bermain sebagai pemain terbaik dunia atau mencipta pemain profesional. Permainan ini bukan sahaja menampilkan mod biasa dan Ranked atas talian, tetapi juga mod karier yang membolehkan anda menguruskan musim, staf, keperluan, penaja dan pelbagai lagi.

Sementara anda menunggu ketibaan permainan baru ini, jangan lupa untuk muat turun permainan PlayStation Plus bagi Julai 2021.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+