PS5 Firmware 2.0 dilaporkan membawa peningkatan prestasi

Konsol PS5 baru-baru ini mendapat kemas kini firmware yang besar bagi menambah kemampuan mengembangkan penyimpanan sistem. Kini, beberapa pakar mengatakan firmware baru juga meningkatkan prestasi beberapa permainan terpilih.

Dalam video Digital Foundry Direct Weekly terbaru, mereka mengklasifikasikan perbezaan antara prestasi PS5 pada firmware baru dan lama. “Dalam senario yang sangat terpilih, sepertinya (semua) konsol PlayStation 5 berjalan lebih lancar berbanding sebelumnya dengan firmware baru ini,” kata Richard Leadbetter dari Digital Foundry.

Beliau menjelaskan bahawa perbezaan prestasi sangat kecil. Firmware baru menyebabkan permainan terpilih iaitu Control dan Devil May Cry 5 mengalami peningkatan prestasi sekitar 2% hingga 3% lebih cepat daripada firmware lama. Ini menghasilkan peningkatan framerate hanya sekitar 1 hingga 2 FPS.

Penemuan ini berlaku ketika Digital Foundry sedang menguji versi PlayStation 5 baru-baru ini yang menampilkan pemasangan penyejuk yang berbeza, kaki pendiri yang lebih baik, dan penambahbaikan kecil yang lain. Pada akhir ujian, mereka tidak menemui perbezaan yang bermakna antara PS5 versi baru dan versi pelancaran.

Namun, semasa ujian, mereka mula menyedari PlayStation 5 versi pelancaran berjalan sedikit lebih baik daripada yang baru. Setelah siasatan lanjut, mereka menyedari PS5 lama menjalankan firmware yang dikemas kini, sementara PS5 yang lebih baru menjalankan firmware yang lebih lama. Setelah mengemas kini semua unit ujian ke firmware terbaru, yang kini tersedia untuk umum, Digital Foundry menyedari bahawa ia adalah firmware baru yang menyebabkan perubahan prestasi.

Peningkatan prestasi ini memberi kesan kepada PS5 versi pelancaran dan juga PS5 versi baru. Peningkatan prestasi mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi menarik untuk memikirkan hanya sebuah kemas kini perisian dapat mengoptimumkan prestasi konsol.

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Artikel asal boleh dibaca di SINI.

RELATED NEWS

+