Geek Fam denda Dominus

Pasukan Geek Fam membuat pengumuman berkaitan isu penstriman Dominus yang memberikan rasa kurang senang ke atas penyokong dan peminat MLBB di Malaysia.

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran di laman Facebook rasmi mereka.

Dominus akan dikenakan denda dan hasil daripada denda itu akan dijadikan sumbangan amal. Pasukan Geek Fam juga turut memberikan sumbangan yang sama berkaitan isu ini.

Mereka juga menyatakan pihak mereka tidak menyokong sama sekali tentang perkara yang dilakukan oleh Dominus dan berharap ia akan dijadikan satu pengajaran kepada semua streamer di luar sana.

Marilah kita sama-sama “buang yang keruh ambil yang jernih” dan menjadikan arena e-sukan kita lebih bersih dan dipandang tinggi di mata dunia.

Sumber: Geek Fam

Foto: Yoodo

RELATED NEWS

+