Hero baru, Chip akan datang ke Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) tidak lama lagi.
Check out the trailer to see how Chip became MVP with his Portals! Find out why Angela has been impressed!
New Hero Chip arrives 03/16. Get ready to shake up the battlefield with Chip’s instant and “friendly” portals!#MobileLegendsBangBang#MLBBNewHero pic.twitter.com/5vmNbZywcN
— Mobile Legends: Bang Bang (@MobileLegendsOL) March 6, 2024
Dia kini diuji di MLBB Advanced Server dan menjadi hero yang ke-124.
Hero ini membawa keunikan baharu sebagai tank dan juga support yang boleh mencipta portal.
Chip
Pasif: Snack Time
Chip akan mula makan kerepek ubi apabila berada di luar perlawanan.
Dia akan regenerate HP bersamaan 150 plus 15% selepas menghabiskan satu paket kerepek.
Dia memerlukan 5 bites untuk menghabiskan satu beg. Chip tidak lagi boleh makan untuk 5s.
Skill 1: Crash Course (CC, AOE Skill)
Chip akan menggunakan hovercraft untuk membuat Magic Damage dengan tambahan mengikut HP Maksima musuh.
Dia juga akan meletakkan Chip’s Mark ke atas musuh.
Chip juga akan menerima shield apabila melanggar musuh dan shield itu akan meningkat sebanyak 20% mengikut jumlah musuh yang mengena.
Basic Attack Chip juga akan bertukar menjadi range dan serangan ini juga akan terkena kepada musuh yang mempunyai Chip’s Mark.
Chip’s Mark kemudian akan meletup mengenakan Magic Damage dan stun musuh selama 0.6s.
Skill 2: Overtime
Chip akan meningkatkan movement speed sebanyak 65%.
Serangan Chip juga akan mengenakan Magic Damage tambahan dan menolak musuh ke belakang.
Skill 3: Shortcut
Chip akan meletakkan Main Portal ke atas hero musuh, mengenakan Magic Damage dan memperlahankan musuh.
Dia juga akan membuat Connecting Portal berdekatan dengan hero pasukan dan di bahagian belakang Base.
Main Portal dan Connecting Portals akan bertahan selama 10 saat.
- Connecting Portals: Hero boleh teleport dari Connecting Portals ke Main Portal. Hero juga boleh masuk ke Main Portal untuk ke Connecting Portals yang mereka sudah masuk.
- Main Portal: Membuat Magic Damage setelah beberapa detik dan membuat musuh airborne selama 0.8s. Main Portal akan mempunyai HP sebanyak 80% daripada HP Chip.
Skill 4: Why Walk
Chip akan mempunyai 4 Beacons di serata peta. Dia boleh menggunakan Beacon itu untuk teleport ke Beacon yang lain.
Fokusnya adalah support dan Chip bakal menjadi hero yang banyak memberi fokus kepada teleport dan bakal menjadi roamer yang sangat menyusahkan untuk musuh.
Hero ini juga mempunyai beberapa skill untuk mengenakan CC saat berada dalam teamfight.
Skill ketiga Chip boleh digunakan oleh hero pasukan manakala Chip boleh menggunakan kedua-dua portal Skill 3 dan Skill 4.
Pengawalan peta kini bakal menjadi lebih ketat dengan adanya Chip dalam pasukan.
Tetapi Chip bakal menjadi hero yang sangat baik apabila anda tidak bermain berseorangan dan sangat memerlukan koordinasi dan komunikasi.