Geek Fam ID bakal jual slot?

Geek Fam ID kini di kedudukan tercorot MPL ID musim ke-9. Mereka gagal untuk melayakkan diri ke peringkat playoff.

Perkara ini disebabkan mereka seringkali tewas seperti mana apa yang berlaku kepada Geek Fam MY.

Di dalam satu penstriman Nimo TV oleh RRQ Xinnn, dia menyatakan bahawa Geek Fam ID berkemungkin besar akan menjual slot kepada pasukan lain.

Sejauh manakah kebenaran itu pasti akan terjawab tidak lama lagi apabila MPL ID musim ke-10 akan tiba nanti.

Adakah anda merasakan Geek Fam ID akan menjual slot itu ke pasukan yang lain? Seperti anda sedia maklum, MPL ID sudah mulai francais sewaktu musim ke-4.

Slot ke liga yang sudah ada francais bukanlah mudah dan harus melaburkan wang yang tertentu kepada pihak penganjur.

Sumber: Emak_moba

RELATED NEWS

+