PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

Geek Fam memecahkan sumpahan, 2-0 ke atas Team Bosskurr, Dominus sempat taunt

PERLAWANAN PERTAMA

Geek dan Team Boskurr masing-masing memberikan asakan kepada satu sama lain di minit awal permainan, kemenangan memihak kepada Team Boskurr setakat ini, Sonic tidak mempunyai masalah untuk farming, rotasi yang dilakukan berjaya mendapatkan 3 turret pasukan Geek Fam pada minit ke-6. Ray bermain dengan begitu cemerlang sekali, way of dragon yang dikeluarkan sangat tepat mengenai musuh untuk menambahkan mata kill mereka.

Pertarungan di Lord pit pada minit ke-12 menyaksikan pasukan Geek Fam mempunyai kelebihan dengan kesabaran mereka untuk memaksa perlawanan berlaku. Imperial Justice + Last Insanity berjaya membawa kemenangan untuk Geek Fam menumbangkan 3 orang ahli Team Bosskurr. Geek Fam mengambil kesempatan itu untuk menumbangkan Lord. Geek Fam menamatkan permainan pada minit ke-16.

Artz berjaya mendapatkan gelaran MVP kali ini, beliau salah seorang yang memberikan damage yang sangat tinggi dari Last Insanity untuk menjadi kunci kemenangan mereka di dalam pertarungan.

PERLAWANAN KEDUA

Team Bosskurr menggunakan pendekatan Cyclops sebagai jungler kali ini untuk perlawanan kedua. Geek Fam berjaya mengawal permainan pada minit ke-8, Last Insanity terlalu kuat untuk Team Bosskur hadapi, rotasi yang cantik dari pasukan Geek Fam juga menyumbangkan kejayaan kepada mereka.

Lord mudah diambil pasukan Geek Fam pada minit ke-10. Pushing bersama Lord berjaya menghancurkan turret di bahagian atas Team Bosskurr. Geek Fam terus mengawal peta dan permainan untuk memberikan lagi tekanan kepada pasukan Bosskurr, mereka membuat split pushing di bahagian tengah dan bawah. Lord kedua diambil pada minit ke-14 untuk pasukan Geek Fam mengakhiri permainan dengan kemenangan bersih 2-0. 

Lilbee diberikan MVP untuk perlawanan kedua selepas Artz berjaya mendapatkan MVP pada perlawanan pertama, kedua-duanya menggunakan X.Borg. Ternyata damage Last Insanity itu terlampau tinggi untuk menyekat kemaraan pasukan Team Bosskurr.

Dominus sempat melakukan taunting di akhir permainan dengan menunjukkan gambar Daddy Hood dan Soloz.

RELATED NEWS

+