Genshin Impact bakal berperang dengan leakers

Genshin Impact permainan video gacha terkenal dari HoYoverse kini bakal membuat tindakan drastik untuk memerangi leaker.

Cognosphere pengeluar Genshin Impact akan mengambil tindakan kepada Ubatcha yang juga merupakan antara leaker terbesar dan terkenal Genshin Impact.

Leak yang dikeluarkan oleh Ubatcha sangatlah boleh diguna pakai dan betul dengan beberapa kandungan Genshin Impact yang akan keluar pada masa hadapan.

Peguam Cognosphere kini menyuruh Discord untuk mengeluarkan identiti Ubatcha seperti nama, alamat, nombor telefon dan email pengguna Ubatcha#2719.

Discord Wangsheng Funeral Parlor juga telah dibuka semula selepas membuang kandungan leaks.

Mereka juga mempunyai lebih 272,000 orang ahli.

Collected Miscellany - "Hu Tao: Fragrance in Thaw" | Genshin Impact -  YouTube

Discord tersebut sebelum ini digunakan untuk peminat-peminat Hu Tao dan bertukar menjadi komuniti leaker Genshin Impact terbesar.

Cognosphere kini tidak lagi akan teragak-agak untuk menyaman sesiapa sahaja yang dibuktikan telah melanggar Akta Hak Cipta mereka.

Dahulu juga pernah beberapa leaker Genshin Impact dari China yang telah disaman sebanyak $ASD 71 ribu seorang.

Setakat ini Discord masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara ini dan mengikut kehendak Cognosphere.

Rujukan: TorrentFreak

RELATED NEWS

+