HoYo Fest kembali lagi di Malaysia hujung bulan ini

HoYoverse semalam telah mengumumkan merekan bakal menganjurkan HoYo Fest untuk tahun ini di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain.

Bagi tahun ini, restoran yang terpilih untuk penganjuran HoYo Fest adalah La Juiceria Superfoods Signature di Kuala Lumpur.

Seperti biasa mengikut HoYo Fest sebelumnya tiga permainan video dari HoYoVerse akan menyusul mengikut tarikh yang ditetapkan.

  • Genshin Impact: 28 September – 9 Oktober
  • Tears of Themis: 12 Oktober – 23 Oktober
  • Honkai Impact 3rd: 26 Oktober – 6 November

Menu-menu bertemakan permainan video tersebut juga akan dijual dengan harga-harga dibawah.

Tempahan perlu dibuat jika anda mahu mengunjung ke kafe tersebut untuk membeli barangan eksklusif permainan video kegemaran anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi HoYo Fest.

RELATED NEWS

+