Siri Anime Genshin Impact akan dibuat oleh studio siri Fate dan Kimetsu No Yaiba

Genshin Impact secara rasmi akan mengeluarkan anime pertama mereka dengan kolaborasi bersama Ufotable.

Ufotable bukan calang-calang studio dan terkenal dengan siri Fate, Kimetsu No Yaiba dan Sword Art Online: Alicization.

Siri ini diumumkan ketika program khas untuk versi 3.1 Genshin Impact.

Walaupun ini hanya treler konsep, HoYoverse memberitahu ini adalah projek jangka masa panjang.

Nampaknya, impian ramai peminat Genshin Impact untuk mendapatkan anime bakal tercapai.

HoYoverse juga ada mengeluarkan banyak jenis animasi pendek terutamanya dengan Honkai Impact 3rd.

Jangan lupa untuk cuba Genshin Impact Versi 3.1 nanti yang akan datang 28 September ini.

RELATED NEWS

+