Genshin Impact: beberapa peranti iOS akan menerima sokongan 120FPS

Melalui kemaskini 2.2 ‘Into the Perilous Labyrinth of Frog’, pembangun Genshin Impact membawakan sokongan permainan 120FPS buat beberapa peranti iOS terpilih. 

Antara peranti iOS yang akan menerima sokongan 120FPS ialah:

  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro
  • iPad Pro generasi ke-3
  • iPad Pro generasi ke-4
  • iPad Pro generasi ke-5

Sokongan ini boleh diaktifkan di menu Tetapan di bahagian Grafik. Pemain perlu skrol ke bahagian pilihan FPS dan pilih 120 FPS. 

Namun, sokongan 120FPS ini buat masa ini hanya di dalam menu permainan sahaja, tetapi kadar segar semula di dalam dunia terbuka masih lagi terhad kepada 60 FPS. 

Bahkan, pada awal pelancaran sokongan ini, terdapat beberapa pemain mengalami masalah ‘throttle’, selain peranti menjadi panas. Pemain juga perlu menurunkan kualiti grafik kepada ‘Balance’ bagi betul-betul menikmati pengalaman 120FPS. 

Sokongan ini hanya tiba bagi beberapa peranti iOS sahaja. Masih tiada khabar mengenai sokongan ini untuk platform Android.

Sumber: GamingonPhone.

RELATED NEWS

+