Permainan Free-To-Play bagaikan bom masa, hati-hati bila berbelanja

Permainan free-to-play kini menjadi salah satu sektor permainan video yang sangat lumayan untuk syarikat permainan video.

Bagaikan bom masa, permainan sebegini sebenarnya akan berakhir pada bila-bila masa sahaja dan ramai orang tidak sedar akan hal sebegini.

Permainan video atas talian pergi dan datang dan itu adalah lumrah permainan video sebegini.

Dragalia Lost

Sebagai contoh, Dragalia Lost yang dilancarkan pada tahun 2018 kini akan ditutup November tahun ini.

Cuma tiga tahun sahaja beroperasi Dragalia Lost juga menjadi sangat besar dan berjaya meraih RM400 juta kurang dari setahun pelancaran dan terus naik dan sangat menguntungkan.

Namun, permainan free-to-play boleh ditutup begitu sahaja pada bila-bila masa sahaja. Setiap permainan free-to-play yang berjaya lama kelamaan bakal berakhir juga.

Nintendo juga ada mengumumkan versi luar talian namun tiada berita sejak itu.

Kingdom Hearts Unchained X

Kingdom Hearts X juga sudah ditutup pada tahun 2021 selepas enam tahun berada di dalam industri permainan mudah alih dan sembilan tahun selepas berada di browser Jepun.

Tak seperti permainan video lama yang lain, anda boleh menggunakan simulasi seperti GBA, SNES, Game Cube dan lain-lain.

Untuk permainan free-to-play apabila permainan itu ditutup, anda tidak boleh bermain lagi permainan itu untuk selama-lamanya.

Jika satu permainan itu ditutup, apa yang akan berlaku kepada semua masa dan duit yang sudah dibelanjakan oleh anda? Apa sahaja yang tinggal?

Terdapat seorang pemain yang sudah membelanjakan RM400 ribu untuk Diablo Immortal dan suatu hari nanti jika Diablo Immortal ditutup begitu sahaja apa yang akan terjadi kepada wang dibelanjakannya?

Kontroversi Free-To-Play

10 Gacha Games With Mechanics That Make Them Enjoyable Without Spending A  Coin

Namun kontroversi juga tidak lari terutamanya cara-cara pengewangan yang selalunya hanya menguntungkan syarikat.

Daripada gacha sehingga loot box banyak mewujudkan siasatan undang-undang dan beberapa negara juga terus mengharamkan pengewangan sebegini.

Got her on my first 10 pull and have had absolutely insane luck since. Was  able to get her 7 times in a row including this crazy pull and 2 back to

Malah ada juga syarikat permainan video yang terus tutup apabila produk mereka gagal seperti Marvel Heroes yang pernah wujud ketika tahun 2013-2017 dan Gazillion Entertainment terpaksa ditutup.

Adakah anda akan menghabiskan masa dan wang untuk permainan yang anda tidak tahu masa depannya?

Atau anda tidak akan menyesal dengan apa yang akan berlaku kepada permainan kegemaran anda untuk masa hadapan nanti?

Setiap pemain dan komuniti pasti ada banyak pengalaman dan kenangan indah permainan video free-to-play yang dimainkan.

Kejadian hari ini adalah kenangan untuk hari esok.

RELATED NEWS

+