Genshin Impact baru-baru ini mengeluarkan satu karakter baru yang tersangat lemah sehingga pemain serata dunia mahukan karakter itu mendapat buff.
Ramai peminat sebelum ini juga tidak kagum dengan Dehya, karakter baru 5 Stars Pyro Claymore.
Namun, gelaran Dehya selaku Singa Berapi tidak semegah yang disangka tapi pujian harus diberikan kerana rekaan karakter Dehya sangat menarik dan cantik.
Kekurangannya, Dehya mempunyai AoE Pyro damage dan ultimate yang sangat lemah malah tidak selari dengan banyak karakter Genshin Impact.
Ultimatenya terlalu lemah sehingga jika anda tersalah menekan butang lompat dan terlanggar dinding, Ultimate itu akan terus terpadam.
Dia juga boleh tewas walaupun anda swap keluar dengan karakter lain.
Dalam dua tahun Genshin Impact wujud, MiHoYo hanya pernah buff satu karakter sahaja iaitu Zhongli, seorang Archon yang sepatutnya sangat kuat.
Malah di Twitter satu hashtag baru juga keluar mengatakankan #FixDehya.
Ramai peminat-peminat Genshin Impact membuat ciapan untuk buff yang Dehya perlu dapat.
#FixDehya pic.twitter.com/5mDLDwoYB9
— daily dehya ✦ (@dailydehyaa) March 6, 2023
Dehya sesuai digunakan dalam pasukan reaction tetapi Ultimate Dehya diklasifikasikan sebagai burst attack bukannya auto.
Ini membuatkan Dehya tidak mempunyai sinergi dengan Xinqiu dan Yelan yang sudah menjadi tunjang utama untuk pasukan Vaporize Reaction.
Kuasa serangan yang rendah menyebabkan anda tidak ada sebab yang kukuh untuk menggunakan Dehya sebaliknya karakter Pyro lain lebih baik. (Mungkin tidak setaraf ”kehebatan” Amber)
Lebih menyedihkan Dvalin yang menjadi antara boss paling mudah pun sedikit sukar untuk dihadapi Dehya.
Buff untuk Dehya
Jadi buff apa yang perlu untuk Dehya?
1. Tukarkan Burst Attack kepada Normal Attack supaya boleh kombo dengan Xinqiu dan Yelan. Sama seperti Burst Attack Raiden.
2. Naikkan peratusan kepada skill Dehya sama seperti karakter 5 Stars yang lain
3. Naikkan durasi Ultimate kerana empat saat tersangat rendah.
Ramai pemain Genshin Impact mencari sebab untuk mengeluh tentang karakter baru, tetapi isu Dehya ini ditambah pula dengan bug yang ada.
Buff apa lagi yang anda rasa perlu untuk Dehya?
Adakah MiHoYo akhirnya akan akur untuk buff Dehya sapa seperti Zhongli dahulu?