Gigabash X Godzilla – Raja Kaiju akan datang

Permainan video brawler raksasa Gigabash buatan Malaysia bakal berkolaborasi dengan francais terkenal Godzilla.

Republic Games mengumumkan kolaborasi bersama Toho Co. ketika Tokyo Games Show baru-baru ini.

Nampaknya, Raja Segala Kaiju bakal membuat kemunculan di GigaBash.

Setakat ini masih belum ada lagi berita mengenai versi Godzilla mana yang akan muncul ke Gigabash dan berkemungkinan besar adalah Godzilla asal versi Jepun.

Tokyo Godzilla Statues: Where to Find the King of the Monsters | Tokyo  Cheapo

Berkemungkinan besar bukan Godzilla sahaja bakal menyertai GigaBash dan kemunculan Ghidorah mahupun Mothra pasti akan membuat peminat seronok.

Nanti pengumuman selanjutnya dari GigaBash nanti.

RELATED NEWS

+