Trailer baru dan selingan mod Story Mode GigaBash diumumkan di Gamescom 2021, tiba 2022

GigaBash permainan Arena Tempur Berbilang Pemain buatan Malaysia dengan roster raksasa dan hero yang diinspirasikan daripada filem klasik dan budaya pop, akan tiba di PC dan PlayStation 4 awal tahun depan. 

Selain itu, mereka juga memperlihatkan trailer terbaru permainan mereka di Gamescom 2021 yang menunjukkan selingan corak permainan dan kombo pertarungan. 

Malah, melalui selingan itu mereka juga mendedahkan beberapa babak, dialog dan beberapa watak NPC daripada Story Mode mereka yang dibangunkan secara rahsia. 

GigaBash juga membuka booth virtual mereka di Indie Arena Booth 2021, sebuah acara maya yang bertemakan “Summer Camp of Doom, daripada 25 hingga 29 Ogos 2021. Anda boleh temui booth virtual mereka di Corpsoleum: The Battlefield.

GigaBash ialah permainan kerjasama sehingga empat pemain daripada pembangun Malaysia, Passion Republic Games, yang diinspirasikan oleh Power Stone, Super Smash Bros dan War of the Monster dengan pelbagai roster bersaiz kaiju. Setiap roster ini mempunyai kemahiran dan gay permainan yang berbeza.

GigaBash kini boleh dimasukkan di dalam Wishlist di Steam dan Epic Games Store. Permainan ini dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada awal 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai GigaBash, sila layari laman rasmi mereka dan media sosial mereka di Discord, YouTube, Twitter, Facebook, Instagram, Twitch dan TikTok.

RELATED NEWS

+