Gundam Battle: Gunpla Warfare Kini Dilancarkan Di Android & iOS

Bandai Namco mengumumkan Gundam Battle: Gunpla Warfare kini telah dilancarkan untuk mobile sebulan lebih awal dari yang dijangkakan.

Gundam Battle: Gunpla Warfare adalah game mobile pertama berdasarkan siri anime popular Gundam. Dalam game ini, korang boleh mereka cipta model plastik Gundam mengikut citarasa tersendiri seperti pernah wujud dalam game Gundam Breaker. Korang boleh lihat Gunpla ciptaan korang beraksi dalam pertempuran.

Pemain boleh pilih warna dan ubahsuai bahagian-bahagian Gunpla daripada lebih dari 25 anime Gundam dan mengumpul bahagian ini dengan menyiapkan misi tersedia yang memfokuskan penceritaan sebuah kelab Gunpla di sekolah.

Ubahsuai Gunpla idaman korang dalam Gundam Battle: Gunpla Warfare di Android dan iOS sekarang.

Sumber: Aksiz

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+