Hab Sukan Singapura Berkolaborasi Bersama Team Flash – Umum Fasiliti Latihan Esports

Hab Sukan Singapura dan organisasi e-sukan terkenal di negara itu, Team Flash umum kolaborasi bersama bagi menubuhkan fasiliti latihan bertaraf dunia dan ia menyasarkan kepada bakat-bakat tempatan memandangkan Singapura memberi sokongan padu untuk menyertakan atlet mereka dalam Sukan SEA di Filipina tahun ini.

Dikenali dengan skuad e-sukan yang terkemuka di Singapura, Team Flash pernah beberapa kali meraih kedudukan teratas di kejohanan luar negara antaranya johan EA Champions Cup yang menyaksikan skuad itu dianggotai Joseph “Zarate” Yeo dan Amraan “Amraan” Gani berganding bersama seorang lagi pemain tempatan.

Pasukan AOV mereka juga agak konsisten dengan kejayaan tempat kedua di World Championships di Bangkok. Secara keseluruhan, atlet organisasi ini sudah memenangi lebih USD350,000 (RM1.42 juta).

Sebagai lokasi bertaraf dunia yang pernah hos beberapa kejohanan antarabangsa untuk sukan dan hiburan, Hab Sukan Singapura pertama kalinya melompat ke bidang e-sukan dengan menjadi hos untuk Hyperplay (yang dianjurkan bersama Riot Games dan MTV) dan juga hos bagi AOV Valor Cup.

Dengan kolaborasi bersama Team Flash, Hab Sukan Singapura akan menjadi hab sukan pertama menyokong penubuhan fasiliti latihan eksklusif untuk skuad esports. Ini termasuklah:

  • Penganjuran bengkel dan aktiviti komuniti diadakan di Hab Sukan itu bagi melahirkan bakat baru dalam e-sukan.

Terence bersama Adam Firth, Ketua Pegawai Komersial Hab Sukan Singapura.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Hab Sukan Singapura bagi membangunkan bakat tempatan di sini. Kolaborasi ini menyediakan infrastruktur berkesan untuk menggilap bakat baru mengikut talent roadmap kami dengan sokongan dari atlet sukan,” – Terence Ting, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Team Flash.

Buat masa ini, mereka masih belum umumkan apa jenis bengkel dan aktiviti akan diadakan untuk membantu bakat tempatan di sana menjadi lebih mahir dalam bidang mereka.

RELATED NEWS

+