HoYoverse merasmikan ibu pejabat baru di Singapura

HoYoverse hari ini mengumumkan ibu pejabat rasmi di Singapura.

Ibu pejabat ini mempunyai 28,000 kaki persegi dengan tawaran kerja yang fleksibel dan akan menjadi tapak bagi pasukan eksekutif untuk menyediakan layanan berkualiti tinggi ke seluruh dunia.

HoYoverse banyak menciptakan pengalamam yang baru untuk teknologi terkini bagi komuniti global.

Perusahaan ini akan membabitkan permainan seperti Genshin Impact, Honkai Impact 3, Tears of Themis dan pelbagai lagi seperti animasi, komik, musik, merch, dan pengalaman penceritaan baharu.

All the Zenless Zone Zero characters so far | PCGamesN

Dua permainan baharu juga sudah diumumkan oleh HoYoverse iaitu Honkai: Star Rail dan Zenless Zone Zero yang sangat diterima dan mendapat sambutan baik.

“Pasukan di Singapura akan memainkan peranan penting dalam memperluas perkembangan global dan jaringan kami,” ucap Forrest Liu salah seorang pengasas HoYoverse.

“Kami juga mahu lebih banyak bakat-bakat kreatif dari pelbagai latar belakang untuk bergabung dengan kami untuk masa hadapan,” tambahnya lagi.

HoYoverse akan menerapkan perkerjaan secara fleksibel bagi mendorong karyawan ini kerana mereka banyak berada di Singapura dan Amerika Utara untuk menjadi lebih kreatif dan produktif.

Mereka juga akan menambah ratusan lagi pekerja sebelum akhir tahun 2022 ini.

RELATED NEWS

+