Supergiant Games mengumumkan Hades II kini dalam fasa akses awal dan kini boleh dibeli di pelantar Steam dan Epic Games Store dengan harga RM72.
Hades II kali ini memberi fokus kepada Melinoe iaitu seorang permaisuri yang juga adik perempuan kepada protagonis Hades I iaitu Zagreus.
Anda akan mengikuti pengembaraan Melinoe untuk membunuh Chronos.
Menurut Supergiant Games, kemaskini terbaru Hades II akan hadir dalam masa beberapa bulan ini.
🌒HADES II is HERE !!🌘
Experience the bewitching sequel to our god-like rogue-like, now available in Early Access.
🌜Steam: https://t.co/MwAiwL8ZeW
🌜Epic Games Store: https://t.co/bKD6BvLhw6#HadesGame #Hades2 #DeathToChronos pic.twitter.com/jXhqctKj95— Supergiant Games (@SupergiantGames) May 6, 2024
Setakat ini masih belum ada pengumuman mengenai versi 1.0 lagi.
Syarikat terkenal itu mengatakan versi terakhir permainan akan lebih lengkap, lebih baik dan mempunyai fungsi penuh.
Hades II adalah sekuel kepada Hades dengan rougelike bertemakan mitologi Greek.
Anda boleh membeli Hades II di Steam dan Epic Games Store.