DOTA 2."> DOTA 2." /> DOTA 2." />

Hadiah terkumpul The International 10 kini mencecah US$30,000,000

Pada waktu ini, jumlah hadiah terkumpul kejohanan DOTA 2 The International 10 (TI10) telah mencecah US$30,000,000. Jumlah ini sentiasa dikemaskini di laman web rasmi DOTA 2.

Kejohanan The International sebelum ini iaitu TI9 masih memegang takhta kejohanan e-sukan yang mempunyai hadiah terkumpul tertinggi dalam sejarah iaitu US$34,351,362.

Disebabkan TI10 telah ditangguhkan pada tahun ini akibat pandemik COVID-19 dan ada kemungkinan besar ia akan diadakan pada tahun 2022. Ini memberikan Valve masa yang lebih banyak untuk menaikkan lagi jumlah hadiah terkumpul TI10.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan The International, anda boleh melayari laman web rasmi DOTA 2.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+