Bermula di Misfit Gaming pada 2016 dan kemudiannya berhijrah ke Rogue selama dua tahun, Hans-sama kini sah menjadi salah seorang pemain League of Legends buat Team Liquid.
“Saya sudah bersama Rogue selama dua tahun, ia adalah masa bersama yang sangat berharga. Saya bersyukur dengan peluang yang mereka berikan kepada saya,” kata Hans-sama di Twitternya.
After his exceptional performance at Worlds this year, we’re excited to welcome @Hanssama to Team Liquid.
Bienvenue dans la #LCS! pic.twitter.com/AZfpC3Ap0y
— Team Liquid LoL (@TeamLiquidLoL) November 23, 2021
Selain Hans-sama, Team Liquid juga membawa beberapa pemain handalan seperti Corejj, bekas supporter daripada MVP dan bekas jungler Fnatic, Bwipo.
Sebelum ini Team Liquid sudah mencuba pelbagai barisan untuk memenangi kejuaraan LCS 2021. Namun, berikutan terdapat isu dalaman yang tidak dapat dielakkan seperti pertukaran pemain dan jurulatih, ianya sudah mengganggu usaha mereka.
Sumber: Dot Esports