Pemain profesional LoL didenda RM10,000 gunakan eksploitasi ‘bug’ semasa perlawanan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pemain SK Gaming, Yasin ‘Nisqy’ Dincer dikenakan saman sebanyak AS$2140 (RM10,225) kerana menyalahgunakan satu bug Neeko ketika perlawanan League of Legends EMEA Championship Spring Split (LEC) pada Mac lepas.

Nisqy disaman denda kerana menggunakan bug itu di mid lane dengan champion Neeko.

Neeko, the Curious Chameleon - League of Legends

Bug itu digunakan uuntuk berlawan dengan Team BDS pada 16 Mac lepas.

Neeko dikenali ramai sebagai hero yang susah untuk balance kerana masalah bug yang ada.

Champion itu juga pernah dibuang dari League of Legends untuk sementara waktu kerana interaksi pelik diantara skill clone Neeko.

Dalam perlawanan dengan BDS, Nisqy menggunakan bug yang mudah untuk dibuat iaitu bug yang membolehkan pemain mendapat informasi mudah ke atas musuh dengan menghantar clone.

Bug itu diharamkan dalam permainan profesional.

Pengadil LEC  kemudian memberhentikan perlawanan apabila menyedari Nisqy menggunakan bug itu tetapi tindakan tidak dikenakan ketika itu kerana dianggap tidak membawa kelebihan buat Nisqy.

Menurut Riot Games hukuman ini dibuat untuk mana-mana pemain yang menggunakan bug atau eksploitasi supaya integriti pertandingan dikekalkan.

Rujukan: sheepesports

RELATED NEWS

+