Hanya kerana mahukan headset VR, anak tergamak bunuh ibu

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun baru ini telah menembak dan membunuh ibunya di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.

Hal ini berlaku kerana ibunya tidak mahu membelinya headset virtual reality.

Kejadian ini belaku pada 7 pagi 21 November lepas.

Pada mulanya, kanak-kanak tersebut mengatakan hal ini tidak disengajakan, tetapi selepas itu mengaku dia membidik pistol tersebut terhadap ibunya.

Dia dikatakan hanya mahu menembak dinding untuk menakutkan ibunya tetapi terkena ibunya.

Pistol tersebut diambil dari dalam bilik ibunya.

Kanak-kanak tersebut mengambil pistol itu ketika ibunya sedang membasuh pakaian.

Kanak-kanak tersebut juga mengambil pistol tersebut kerana digerakkan awal 30 minit lebih awal pada hari itu.

Dia kini didakwa sebagai orang dewasa atas akta pembunuhan dan kini ditempatkan di tempat tahanan juvana.

Keluarga kanak-kanak tersebut juga mengatakan kanak-kanak itu mempunyai tingkah laku yang mengganggu.

Dia pernah memusingkan seekor anak anjing dengan memegang ekornya ketika berumur empat tahun dan pernah membakar belon yang diisi dengan bahan api yang kemudiannya meletup dan membakar perabut dan karpet.

Hari yang sama juga, kanak-kanak itu menyerang sepupunya yang berumur 7 tahun pada hari tragedi berlaku.

Mengikut undang-undang di Wisconsin, kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas akan didakwa sebagai orang dewasa untuk jenayah serius.

Rujukan: Journal Sentinel, Gaming Bible

RELATED NEWS

+