Hasilkan Game VR Dalam Masa 36 Jam Secara Percuma & Menang Hadiah Menarik!

Korang teringin nak bangunkan game berbentuk virtual reality (VR)/augmented reality (AR) gempak seperti Pokemon GO?

36 Hours XR Game Jam adalah kursus Game Jam secara percuma yang dianjurkan oleh GameDev Academy disokong oleh Selangor Information Technology & Ecommerce Council (SITEC) dengan kerjasama IGDA Malaysia. 

Buat pengetahuan korang, Game Jam adalah satu acara yang mana orang membentuk kumpulan untuk merancang, merangka dan menghasilkan satu atau beberapa game dalam jangka masa yang diberi. Untuk acara ini, korang perlu merangka konsep dan membangunkan game VR selama 36 jam.

Acara ini tergolong dalam Game Development Workshop Programme 2019 iaitu sebuah program pengenalan untuk industri pembangunan game bagi orang ramai. Program ini menggabungkan pelbagai aktiviti dalam satu program seperti sesi perkongsian ucap tama (keynote) dengan menjemput orang penting dalam industri, game jam dan pameran game percuma kepada semua pembangun game tempatan dan orang ramai.

36 Hours XR Game Jam menerima penyertaan seramai 15 pasukan dengan 4 ahli dalam sesebuah pasukan. Pereka game, penerbit, pensyarah, cikgu, pengaturcara, artis dan orang ramai yang berminat dalam pembangunan game digalakkan untuk menyertai acara ini. 

Berikut adalah tarikh, masa dan tempat berlangsungnya 36 Hours XR Game Jam:

Tarikh: 29 Jun – 30 Jun 2019
Masa: bermula pada jam 7 pagi
Tempat: Selangor Digital Creative Centre (SITEC)
                E-28-1, City Park, i-City,, Jalan Multimedia 7/AG, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Pasukan yang menghasilkan game VR terbaik bakal memenangi hadiah utama daripada Alienware dan HTC Vive! Kemasukan adalah percuma!

Bagi yang berminat, korang boleh daftar ahli kumpulan di sini. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman Facebook rasmi GameDev Academy.

 

RELATED NEWS

+