Hitman 3 bakal terima kemaskini terbesar tahun depan

IO Interactive hari ini mengumumkan kandungan dan roadmap terbaru mereka yang dijadualkan akan tiba pada 20 Januari ini.

CEO, Hakan Abrak menyatakan Hitman 3 bagi PC akan menerima sokongan ray-tracing dan VR, selain sebuah mod baru di mana pemain ditugaskan untuk membunuh sasaran di dalam masa yang terhad sebelum ianya hilang jika gagal, iaitu Elusive Target Arcade. 

Selain itu, mereka juga akan mengumumkan peta baru, jalan cerita baru, mod baru dan ‘cara baru’ bermain permainan itu, selain terdapat pelbagai lagi kejutan yang akan diumumkan pada masa akan datang. 

Sumber: PC Gamer.

RELATED NEWS

+