Homebois berjaya menghantar juara musim ketujuh pulang

Perlawanan kedua hari ini menyaksikan pasukan Homebois akan bertemu dengan juara bertahan iaitu RSG MY.

PERLAWANAN KEDUA

Pasukan Homebois membawa kelainan di dalam draft mereka. Mereka membawa masuk Aldous ke dalam gold lane untuk secure fasa late game. Turtle pertama berjaya diambil oleh pasukan RSG MY ketika ini. Anippp tidak diganggu ketika mengumpul stack dan terpaksa melihat pasukannya ditumbangkan di dalam peta.

Lord berjaya diambil pada minit ke-10 untuk memberikan kelebihan kepada pasukan Homebois. Chibi berjaya mengawal keadaan dengan bantuan Saiful dan Vins untuk memberikan ruang lagi kepada Anippp mengumpul stack. Pada minit ke-13, RSG MY sudah kehilangan 7 turret manakala pasukan Homebois hanya kehilangan 2 turret.

Luminous Lord diambil dengan mudah oleh pasukan Homebois pada minit ke-15 tanpa sebarang gangguan dari pasukan RSG MY. Pasukan Homebois akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan bersih 2-0 selepas pushing yang terakhir dilakukan oleh mereka berjaya mendapatkan crystal pasukan RSG MY.

RELATED NEWS

+