Homebois tambah dua pemain baharu?

Selepas mencapai tangga ketiga di MPL MY musim ke-11, pemilik Homebois, Nureddy Nursal atau dikenali ramai sebagai Daddyhood akan menambah dua pemain baharu ke barisan pemain pasukan itu.

Di dalam satu strim langsung di TikTok, Daddyhood menyatakan bahawa dua pemain baharu itu akan diumumkan pada Jun ini.

“Role yang berbeza (dan) semua pemain sama masih ada tapi ada dua pemain baharu (pada) bulan enam,” ujar Daddyhood.

Tambah Daddyhood, dia akan terbang ke Indonesia bersama Barbossa untuk membincangkan tentang kontraknya dengan pasukan Bigetron.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Barbossa adalah pemain pinjaman daripada skuad Bigetron Beta yang bermain di Mobile Legends Development League Indonesia (MDL ID).

Bigetron Beta adalah pasukan dibawah naungan Bigetron Alpha yang bermain di MPL Indonesia (MPL ID).

Dia berharap bahawa Barbossa akan berada di pasukan itu untuk tempoh masa yang lama.

RELATED NEWS

+