Yoodo O-Two tampilkan dua pemain yang buat comeback, Jumper dan Fredo

Yoodo hari ini mengumumkan kerjasama dengan O-TWO ESPORTS sebagai satu pasukan kolaborasi dalam dunia PUBG Mobile yang berpotensi untuk mendominasi era baharu dalam arena e-sukan tempatan dan antarabangsa.

Pasukan ini terdiri daripada Fuad ‘Fredo’ Razali, Partibhan ‘OnTheGo’ Petchayappen dan Izruddin ‘Jumper’ Hashim.

Mereka akan menggunakan nama Yoodo O-Two dan nama ‘in-game’ mereka juga akan ditukar bagi mencerminkan identiti baharu.

Penubuhan pasukan Yoodo O-Two adalah pencapaian penting bagi kedua-dua jenama ini.

Sebagai perintis dalam arena ini, Yoodo mempunyai kedudukan yang unik untuk melonjakkan atlet e-sukan tempatan ke peringkat antarabangsa.

Pasukan ini merupakan pasukan e-sukan generasi ketiga yang ditubuhkan di bawah jenama Yoodo.

Yoodo juga pernah mencungkil dan membina beberapa pasukan yang handal sebelum ini.

Mereka juga beraspirasi untuk terus memperkasakan pemain profesional serta peminat e-sukan menerusi penawaran data tambahan menikmati permainan mudah alih terkenal seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends.

RELATED NEWS

+