Imbau Nostalgia Di Arked Dalam House of the Dead: Scarlet Dawn – Terima Kasih Sega!

Masih ingat main tembak-tembak zombi di arked? Haa itu lah francais The House of the Dead yang dibangunkan oleh Sega. Kembali kepada tahun 1996, insiden di Rumah Agam Curien itu adalah pencetus kepada genre zombi di arked yang kini akan mencapai keluaran ke-5 tak lama lagi.

Berjudul The House of the Dead: Scarlet Dawn, nampaknya Sega mengembalikan kenangan dan nostalgia kalau korang saksikan screenshot di bawah ni. Selain Chariot sebagai boss pada bab pertama, terdapat musuh lain yang memang familiar dalam ingatan korang.

Ryan Taylor, adik kepada James Taylor yang mengorbankan dirinya untuk menutup kembali Kotak Pandora dalam The House of the Dead 4 menggantikan abangnya sebagai protagonis untuk meneruskan kembara bersama Kate Green. Kali ini insiden lebih tragik berlaku 3 tahun selepas HOTD 4 tapi trailer ini hanya menunjukkan gameplay dalam satu bab saja.

Korang boleh menukar senjata, menggunakan grenade dan pistol yang biasa digunakan seperti dalam HOTD4. Permainan ini juga menggunakan Unreal Engine 4. Buat masa ini tarikh rasmi belum dipastikan lagi tapi location testing dah dibuat di Jepun pada Januari lepas sempena SEGA Jaepo 2018 di Akihabara, Tokyo, Jepun.

Dah sedia ke korang? Mungkin ia akan tiba ke arked di Malaysia tak lama lagi? Penulis memang dah sedia!

RELATED NEWS

+