“Indonesia lebih lemah dari Filipina, lihat sahaja M3,” – MobaZane

MobaZane adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends. 

Pemenang tempat ketiga Kejohanan Dunia M3 ini ingin bermain bersama pasukan Indonesia dan Filipina sebelum ini.

Dia membuat keputusan untuk memilih Filipina dan memulakan perjalanannya ke negara itu tidak lama kemudian.

MobaZane terkejut dengan meta yang ditunjukkan di Filipina, menyatakan ia sangat berbeza dengan Amerika Utara.

“Sangat susah, saya rasa saya tahu ianya sangat susah namun saya berasa penat. Oleh kerana itu saya merasa kurang kecewa,” ujarnya.

Dia juga menyifatkan emblem jungler sesuai untuk digunakan selepas mengkaji perlawanan yang dia hadapi sebelum ini.

“Walaupun saya tidak suka menggunakan emblem yang pihak lawan pakai, namun jika saya tidak menggunakannya. Mereka akan mengalahkan saya dari segi farming,” katanya.

Mobazane juga berkata Indonesia buat masa ini lebih lemah dari Filipina. 

“Anda lihat sahaja Kejohanan Dunia M3, ini bukan soal bias atau tidak. Filipina memang layak memegang tempat no. 1 di M3,” katanya lagi. 

Sumber: Youtube ZEkilled, Mobazane

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+