Ingat lagi game belasah orang naik motosikal? Sekarang Road Redemption Mobile boleh pra-daftar

Road Redemption pada awalnya dilancarkan di Steam pada 2019 tapi atas permintaan ramai, ia kini bakal hadir ke iOS dan Android.

Sejak pelancarannya, ia diterima baik kritik dan ramai pemain di PC malah ramai beranggapan ia adalah kejayaan seterusnya selepas Road Rash.

Road Rash pernah mencipta fenomena pada zaman 90-an dulu dan Road Redemption Mobile pastinya akan menyambung legasi ini ke peranti pintar. Ia dihasilkan oleh Pixel Dash Studios.

Anda akan mengawal geng motosikal dalam kembara epik. Berlumba di serata negara dan lawan sambil membelasah pelumba lain dalam dunia pasca apokalips ini.

Pra-daftar sekarang di iOS dan Android.

RELATED NEWS

+